1:05 AM

Daripada Laro kepada Lara Community.



Assalamualikum Laro Community! Wohh lama benar dah saya tak berblog nie, sebulan lebih Laro Community dibiarkan begitu saja tanpa ada sesiapa yang menguruskannya. Ye lah, ade partner pown partner tu sendiri sibuk dengan blognyer sendiri. Well ape boleh buat, yang lepas tu lepaslah, let's gone be by gone. Yang penting kita mesti mara ke hadapan untuk teruskan hidup yang penuh Laro ini.

Berbalik kepada tajuk diatas (Daripada Laro kepada Lara Community), tanggal 18 May 2010 'Laro Community' akan ditukar nama kepada 'Lara Community' untuk memenuhi dan menyamai nama group atau community baru yang sedang melonjak naik di facebook kini. Group ini diusaha oleh Lara officer yang begitu tekun mengusha group ini. (Untuk mengenali officer-officer yang bertauliah ini, nama para officer ade kat ruang status officer) http://www.facebook.com/group.php?gid=119575591394543&ref=ts

Definisi Lara adalah sama sepertimana definisi Laro sebagaimana yang diterangkan oleh saya pada post pertama blog ini, perubahan ini cuma peralihan bahasa sahaja, Laro kut kelate Lara gak bahaso kut ore luar.

Sampai sini saja post saya kali nie, moga-moga dengan perubahan yang tak berapa drastik nie boleh menaikan kemahsyuran Laro Community nie, opppsss silap, Lara Community. Ok lah, selalunya salam Laro tapi kali nie dan seterusnya salam Lara semua!

11:15 PM

April Fool's Day, Bolehkah Kita Meyambutnya?



What is April Fool's? April Fool's ialah hari dimana umat manusia dibenarkan berbohong tak kiralah kepada ibubapa, guru atau sesiapa sahaja dan ia disambut pada 1 April setiap tahun. Persoalannya di sini, bolehkah kita sebagai umat Islam menyambutnya? Disebabkan hari ini, tanggal 1 April 2010 iaitu hari April Fool's, saya nak jelaskan sikit pasal kebenaran disebalik April Fool's nie. Kepada sesiapa yang telah meyambutnya, renung-renungkanlah kisah dibawah nie.

Mengikut sejarah, April Fool's dipercayai mula dirai ketika kejatuhan umat Islam di Sepanyol. Pada ketika itu kerajaan Islam yang sudah bertapak berkurun lamanya di Granada, Sepanyol akhirnya runtuh diserang tentera Kristian. Penduduk Islam di Moors, Sepanyol pula terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Walaubagaimanapun tentera Kristian tak berpuas hati dan nekad untuk menghapuskan penduduk Islam dari bumi Sepanyol. Selepas itu mereka merancang untuk membuat helah.

Tentera Kristian memaklumkan kepada penduduk Muslim bahawa mereka boleh belayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barangan mereka dengan mengunakan kapal di perlabuhan. Umat Islam ragu-ragu dengan tawaran tentera Kristian lalu pergi ke pelabuhan untuk mengesahkan kebenaranya kata tentera Kristian. Para Muslimin percaya akan kata-kata tentera Kristian dan mereka buat persiapan untuk bertolak.

Pada keesokan harinya (1 April) mereka mengambil barangan mereka dan terus menuju ke pelabuhan. Pada ketika itu, pihak Kristian mengambil kesempatan membakar rumah-rumah penduduk Islam dan penduduk Islam yang masih belum sempat menaiki kapal di pelabuhan mati terbakar bersama-sama dengan rumah mereka. Setelah membakar rumah-rumah penduduk Islam, pihak kristian menyerang para Muslimin yang berada di atas kapal tidak kira lelaki, perempuan mahupun kanak-kanak. Semua para muslimin mati sehinggakan air laut di pelabuhan itu bertukar warna menjadi merah akibat darah para Musilimin yang terkorban. Peristiwa berdarah itu diraikan tentera Kristian dan perayaan itu masih diraikan dan hari itu dikenali pada hari ini sebagai 'Hari April Fool's".

So? Amacam bro? Kepada sesiapa yang meyambut hari April Fool's samalah seperti tentera Kristian yang meraikan pembunuhan kejam para Muslimin yakni saudara kita sebagai umat Islam. Kepada yang masih Laro dan masih meneruskan aktiviti April Fool's, baik stop jer lah. Berhati-hatilah dengan perayan yang diraikan penduduk Barat kerana setiap perayaan itu mesti mempunyai maksud dan meaningnye yang tersendiri.

Orait, setakat nie saje lar saya berblog. Salam Laro semua! Walohh!

2:53 PM

Rokok Ada Sel Darah Babi?



What? Rokok ada sel darah babi? Apa yang dah terjadi nie? Sila ambil perhatian kepada perokok semua!!!

Profesor Simon Chapman dari University Sydney melaporkan bahawa, kajian beliau mendapati bahawa lebih 185 jenis industri menguna bahan daripada babi termasuklah penemuan sel darah binatang itu dalam penapis (filter) rokok. Berita ini sudah tentu mengejutkan perokok yang beragama Islam dimana babi diharamkan sama sekali.

Menurut Chapman, kajian beliau ini jelas mendedahkan kaedah membuat rokok yang selama ini dirahsiakan dari pengatahuan umum. Kata beliau darah atau dalam kata saintifiknya haemoglobin babi digunakan dalam pembuatan penapis rokok kerana ia dipercayai berkesan menyekat bahan kimia dalam rokok yang berbahaya daripada memasuki paru-paru manusia.

Jadi para perokok, apa citer? Walaupun banyak syarikat rokok berbesar hati menyenaraikan kandungan-kandungan rokok tapi tak semua bahan kandungan yang digunakan didedahkan. Kepada perokok sekalian berhentilah dari merokok tu, merokok tu kerja yang 100% Laro. Kalau dulu setakat bahaya jer tapi sekarang dah timbul isu haram-halal pulak gara-gara kes kandungan babi dalam rokok.

Ooh kK, stakat nie jer lah saya berblog, sekali lagi saya nak tegaskan kepada perokok-perokok yang masih Laro di luar sana, joam berhenti merokok!

11:03 AM

Pemergian Seorang Yang Laro.



Post kali neh agak personal, post ini ditulis khas untuk memperingati pemergian sahabatku Epul yang laro, bukan pergi untuk selamanya, tetapi pergi melangkah ke alam pekerjaan. Tahniah kepada Epul yang telah ditawarkan pekerjaan sebagai Pegawai Imigresen.

Tanggal 11 March 2010, adalah hari terakhir Epul berada di UiTM Mache, Epul adalah seorang sahabat yang sangat laro, baik dan boleh diharap. Aku hampir-hampir tak dapat menemuinya buat kali terakhir, mujurlah sempat berjumpa dengan beliau (hampir-hampir aku nak balik kb doh do). Hanif meyatakan bahawa ada berita sedih dan menyuruh Epul memberitahu aku dan member-member roomate, Epul memberitahu hal sebenar dan aku terkejut akan berita itu yang meyatakan bahawa pada hari tersebut ialah hari terakhir Epul berada di UiTM Mache. Aku agak terkejut dengan berita itu, sebab aku diberitahu bahawa Epul akan pergi melapor diri sesudah final exam.

Bye Epul walaupon kau telah pergi tetapi semangat Laro Community kau masih berada jelas di UiTM Mache nie. Namo Laro Community nie pown aku buleh ilham drpd mg. HAHAHAXD mogo mg bahagio sokmo Pul! Selamat Laro bagi Epul!



Epul dalam kenangan!
(dr kiri Apih, Bob, 'Epul', Yeh & Pijie)

8:36 PM

Di Manakah Keperimanusiaan...



Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan isu kes dera kanak-kanak yang amat meyayatkan hati. Dua kes terbaru, kanak-kanak berusia 18 bulan, yang mati dipukul dan dipijak jiran yang menjaganya serta, kanak-kanak berusia tiga tahun, meninggal dunia ditendang dan dipijak teman lelaki ibunya, adalah kes penderaan yang begitu menyayat hati, sekali gus mempamerkan kelunturan sifat tidak berperikemanusiaan masyarakat sekarang.

Dimanakah sifat-sifat mulia manusia pada zaman sekarang ini? Kita bagaikan sudah kembali ke zaman Arab Jahilliah dahulu kala yang kejam dan bersifat kebinatangan. Semoga Allah memberi hukuman yang setimpalnya di atas perbuatan si dajjal pendera itu di dunia ini dan lebih-lebih lagi di akhirat. Marilah kita sedekahkan al-Fatihah kepada arwah mangsa dera tersebut dan semoga roh mereka dicucuri rahmat oleh-Nya. Amin.

Ok la, sampai sini saje lah aku berblog, aku tak sampai hati nak tulis detail-detail untuk post kali nie. Salam Laro semua!

9:20 PM

The Arrivals (Ketibaan)



The Arrivals (Ketibaan) sebuah dokumentari bersiri menjelajah wahyu 3 agama dunia(Yahudi, Kritian dan Islam) tentang ketibaan Iman al-Mahdi, Dajjal dan Nabi Isa. Diinspiraikan oleh HashemFilm dan sudah tentu sumbernya adalah berdasarkan al-Quran, Taurat dan Injil. Sebuah dokumentari yang amat menarik untuk ditontoni dan sebagai pembuka minda kepada umat Islam yang semakin hari semakin Laro pada masa kini.

The Arrival juga membongkarkan rahsia-rahsia Yahudi dan Nasrani untuk menjatuhkan umat Islam, jadi dengan menonton dokumentari yang berguna ini sedikit sebanyak ancaman yahudi dan nasrani dapat dihidarkan. Ia bukan sahaja mengisarkan tentang ketibaan Iman al-Mahdi, Dajjal dan Nabi Isa, malah dokumentari ini juga mengukuhkan iman kita sebagai seorang umat Islam.

Aku rekemen la kt korang2 yang laro tuh untuk tggk dokumentari nie, jangan la asyik sangat duk tggk filem2 hollywood yang laro tuh, ader baik nya kaurang jenguk The Arrival neh. Best yg teramat :)

Bagi yang nak layan The Arrival bleh la pg kt youtube link kt bwh nie:-

http://www.youtube.com/watch?v=x9zrPH6HMu4&feature=related


Kpd yang x puas ati ngan quality kt youtube lak, leh jer dolot kt piratebay neh, free jer bukan kne bayar pown...

http://thepiratebay.org/torrent/4542859/The_Arrivals_%28Noreagaaa_Series_avi%29

Ok la, stakat nie jer la post aku untuk kali neh, salam Laro semua! Chio~

10:59 PM

The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History

The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History(The 100: Carta Orang Yang Paling Berpengaruh Dalam Sejarah) ialah tajuk sebuah buku yang ditulis oleh Michael H. Hart pada tahun 1978 mengisarkan tentang 100 orang yang paling berpengaruh dalam sejarah berdasarkan Hart.



Apa yang menarik perhatian aku mengenai buku ini ialah Hart meletakan manusia yang paling berpengaruh dalam sejarah dunia ini ialah Muhammad, tidak lain dan x bukan nabi kita, Muhammad S.A.W. Aku sebagai umat Islam amat berbangga dengan fakta sahih ini(jom berselawat keatas nabi 10x).

Untuk pengatahuan semua, Michael H. Hart bukan lah seorang muslim, beliau adalah seorang non-muslim yahudi amerika tetapi mengapa beliau meletakan Nabi Muhammad S.A.W sebagai manusia yang paling berpengaruh no. 1? Mengapa beliau tidak meletakan Jesus Christ atau Buddha sebagi no.1?

Mengikut Hart, beliau memberikan Nabi kita sebagai no. 1 kerana:

1. Nabi muhammad bukan sahaja penyampai agama Islam tetapi juga seorang pemimpin dan panglima perang(kalau mengikut peredaran zaman dipanggil President/Perdana Menteri dan General) ketika baginda masih hidup. Berbeza dengan Jesus Christ atau Buddha dimana mereka hanyalah pencetus agama baru tetapi tidak sebagai pemimpin atau seorang panglima perang. Mereka tidak seperti Nabi kita lengkap dari semua aspek.

2. Nabi Muhammad sudah 1600 tahun meninggalkan kita, tetapi pengaruh beliau pada masa kini masih kuat malah dikata pengaruh baginda bertambah kuat dan kuat.

Jelas sekali di sini membuktikan kerasulan Nabi Muhammad S.A.W sehinnga Michael H. Hart yang bukan islam sendiri mengiktiraf baginda.

So, aku rasa setakat ini saja aku dapat tunjuk kt korang tentang isi kandung buku yg menarik nie, nk tulis panjang lebar takut orang cakap kita copyright lak. hummm kalaw yg berminat tu leh la download buku nie free jer kt laman web lanun yg terkenal Pirate Bay

http://thepiratebay.org/torrent/4639256/The_100_-_Ranking_of_Most_Influential_People_in_History_-_Michae

Kesimpulannya jadikanlah Nabi Muhammad S.A.W sebagai contoh atau idol kita kerana bagindalah contoh yang paling terbaik buat kita. Jomlah kita memperbanyakan selawat keatas Nabi dan mengamalkan sunnah baginda. Moga kita mendapa syafaat baginda pada hari akhirat nanti. AMIN.



Lafaz Salawat keatas Nabi:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، فِي الْعَالَمِينَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، فِي الْعَالَمِينَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّك حَمِيدٌ مَجِيدٌ، وَبِارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّك حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بِارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آل إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آل إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَأَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَأَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَأَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَأَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، فِي الْعَالَمِينَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَأَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَأَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ

1:06 AM

Kepala ku Pening sekali dong...

Cuti Raya Cina dh makin hampir, so aku sebagai rakyat Malaysia yang perihatin ingin mengucapkan Gong Xi Fa Cai or(x kn x paham kowt??)Selamat Tahun Baru Cina kepada semua kaum cina kt Malaysia ni.

Berbalik kepada tajuk asal(Kepala ku Pening sekali dong...)memandangkan cuti yang agak panjang(2 weeks only) so aku merancang nak naik kL ngan member, but ade skit problem la sis bro n gurlz.

Problem NO. 1: TRANSPORT

Aku n member-member tidak bersependapat tentang transport yg akan kami naik untuk menuju ke destinasi yg dituju. Aku suggest naik Flight, sorang member aku plak nak bas, pas sorang agy nk naik kete api and then sorang agy nk naik kete dier. Adoi sakit pale hotak den.



Problem NO. 2: $$$MONEY$$$

Emmmmm yang nie memang membuatkan kepale aku berdenyut-denyut, duit kureng larr beb. No money no life and no money no shoping no lepak no buy-buying?!! argghh!! Ade saper2 nk donate?? Sedekah jariah kew..hummmrmm



Problem NO. 3: Personal Problem
Errr aku sbenarnya mempunyai mak yang sangat mencintai dan menyayangi diri ku tapi ibu ku juga adalah seorang mama yang sangat garang, tegas n kuat bebel n bebelnya. Sebenarnya aku ade test lepas cuti nie so aku runsing takut-takut ummi ku x membenarkan aku naik ke kL.



Arggghh what should i do ladies n gentelmen sekalian yg sudi meluangkan masa bersama blogku ni?? I need your help so muchies. Pleazzz bagi suggestion n pendapat U kt I kt ruang komen ok?? I'm counting on U(AMARAN:perjalanku di musim cuti ini bergantung kepada komen2 anda!!)

1:03 AM

Welcome to Laro Community.

Well, well, well setelah sekian lama menanti akhir’nya Aku mempunyai sebuah blog(1000x Syukur Alhamdulillah). Blog yang diberi nama Laro Community kerana blog ini dicipta khas untuk mereka-mereka yang laro sahaja. Bagi mereka yang bukan berasal dari Kelantan musti tertanya-tanya apakah meaning laro? Laro ialah sejenis mood, sifat atau perbuatan seseorang yang sia-sia.



So blog ini dicipta untuk membimbing mereka yang laro-laro ini ke jalan yang benar dan lurus. Ok la aku x nak tulis banyak-banyak, thanks Q n domo arigatO grasia la kepada sesiapa sahaja yang sudi meluangkan masa anda untuk mengclik blog yng laro ini. Chaww n bye.