
What is April Fool's? April Fool's ialah hari dimana umat manusia dibenarkan berbohong tak kiralah kepada ibubapa, guru atau sesiapa sahaja dan ia disambut pada 1 April setiap tahun. Persoalannya di sini, bolehkah kita sebagai umat Islam menyambutnya? Disebabkan hari ini, tanggal 1 April 2010 iaitu hari April Fool's, saya nak jelaskan sikit pasal kebenaran disebalik April Fool's nie. Kepada sesiapa yang telah meyambutnya, renung-renungkanlah kisah dibawah nie.
Mengikut sejarah, April Fool's dipercayai mula dirai ketika kejatuhan umat Islam di Sepanyol. Pada ketika itu kerajaan Islam yang sudah bertapak berkurun lamanya di Granada, Sepanyol akhirnya runtuh diserang tentera Kristian. Penduduk Islam di Moors, Sepanyol pula terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Walaubagaimanapun tentera Kristian tak berpuas hati dan nekad untuk menghapuskan penduduk Islam dari bumi Sepanyol. Selepas itu mereka merancang untuk membuat helah.
Tentera Kristian memaklumkan kepada penduduk Muslim bahawa mereka boleh belayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barangan mereka dengan mengunakan kapal di perlabuhan. Umat Islam ragu-ragu dengan tawaran tentera Kristian lalu pergi ke pelabuhan untuk mengesahkan kebenaranya kata tentera Kristian. Para Muslimin percaya akan kata-kata tentera Kristian dan mereka buat persiapan untuk bertolak.
Pada keesokan harinya (1 April) mereka mengambil barangan mereka dan terus menuju ke pelabuhan. Pada ketika itu, pihak Kristian mengambil kesempatan membakar rumah-rumah penduduk Islam dan penduduk Islam yang masih belum sempat menaiki kapal di pelabuhan mati terbakar bersama-sama dengan rumah mereka. Setelah membakar rumah-rumah penduduk Islam, pihak kristian menyerang para Muslimin yang berada di atas kapal tidak kira lelaki, perempuan mahupun kanak-kanak. Semua para muslimin mati sehinggakan air laut di pelabuhan itu bertukar warna menjadi merah akibat darah para Musilimin yang terkorban. Peristiwa berdarah itu diraikan tentera Kristian dan perayaan itu masih diraikan dan hari itu dikenali pada hari ini sebagai 'Hari April Fool's".
So? Amacam bro? Kepada sesiapa yang meyambut hari April Fool's samalah seperti tentera Kristian yang meraikan pembunuhan kejam para Muslimin yakni saudara kita sebagai umat Islam. Kepada yang masih Laro dan masih meneruskan aktiviti April Fool's, baik stop jer lah. Berhati-hatilah dengan perayan yang diraikan penduduk Barat kerana setiap perayaan itu mesti mempunyai maksud dan meaningnye yang tersendiri.
Orait, setakat nie saje lar saya berblog. Salam Laro semua! Walohh!
Search This Blog
About Me
11:15 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
ye betul! bagus kerane mengingatkan!
Post a Comment