
What is April Fool's? April Fool's ialah hari dimana umat manusia dibenarkan berbohong tak kiralah kepada ibubapa, guru atau sesiapa sahaja dan ia disambut pada 1 April setiap tahun. Persoalannya di sini, bolehkah kita sebagai umat Islam menyambutnya? Disebabkan hari ini, tanggal 1 April 2010 iaitu hari April Fool's, saya nak jelaskan sikit pasal kebenaran disebalik April Fool's nie. Kepada sesiapa yang telah meyambutnya, renung-renungkanlah kisah dibawah nie.
Mengikut sejarah, April Fool's dipercayai mula dirai ketika kejatuhan umat Islam di Sepanyol. Pada ketika itu kerajaan Islam yang sudah bertapak berkurun lamanya di Granada, Sepanyol akhirnya runtuh diserang tentera Kristian. Penduduk Islam di Moors, Sepanyol pula terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Walaubagaimanapun tentera Kristian tak berpuas hati dan nekad untuk menghapuskan penduduk Islam dari bumi Sepanyol. Selepas itu mereka merancang untuk membuat helah.
Tentera Kristian memaklumkan kepada penduduk Muslim bahawa mereka boleh belayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barangan mereka dengan mengunakan kapal di perlabuhan. Umat Islam ragu-ragu dengan tawaran tentera Kristian lalu pergi ke pelabuhan untuk mengesahkan kebenaranya kata tentera Kristian. Para Muslimin percaya akan kata-kata tentera Kristian dan mereka buat persiapan untuk bertolak.
Pada keesokan harinya (1 April) mereka mengambil barangan mereka dan terus menuju ke pelabuhan. Pada ketika itu, pihak Kristian mengambil kesempatan membakar rumah-rumah penduduk Islam dan penduduk Islam yang masih belum sempat menaiki kapal di pelabuhan mati terbakar bersama-sama dengan rumah mereka. Setelah membakar rumah-rumah penduduk Islam, pihak kristian menyerang para Muslimin yang berada di atas kapal tidak kira lelaki, perempuan mahupun kanak-kanak. Semua para muslimin mati sehinggakan air laut di pelabuhan itu bertukar warna menjadi merah akibat darah para Musilimin yang terkorban. Peristiwa berdarah itu diraikan tentera Kristian dan perayaan itu masih diraikan dan hari itu dikenali pada hari ini sebagai 'Hari April Fool's".
So? Amacam bro? Kepada sesiapa yang meyambut hari April Fool's samalah seperti tentera Kristian yang meraikan pembunuhan kejam para Muslimin yakni saudara kita sebagai umat Islam. Kepada yang masih Laro dan masih meneruskan aktiviti April Fool's, baik stop jer lah. Berhati-hatilah dengan perayan yang diraikan penduduk Barat kerana setiap perayaan itu mesti mempunyai maksud dan meaningnye yang tersendiri.
Orait, setakat nie saje lar saya berblog. Salam Laro semua! Walohh!
Search This Blog
About Me
What? Rokok ada sel darah babi? Apa yang dah terjadi nie? Sila ambil perhatian kepada perokok semua!!!
Profesor Simon Chapman dari University Sydney melaporkan bahawa, kajian beliau mendapati bahawa lebih 185 jenis industri menguna bahan daripada babi termasuklah penemuan sel darah binatang itu dalam penapis (filter) rokok. Berita ini sudah tentu mengejutkan perokok yang beragama Islam dimana babi diharamkan sama sekali.
Menurut Chapman, kajian beliau ini jelas mendedahkan kaedah membuat rokok yang selama ini dirahsiakan dari pengatahuan umum. Kata beliau darah atau dalam kata saintifiknya haemoglobin babi digunakan dalam pembuatan penapis rokok kerana ia dipercayai berkesan menyekat bahan kimia dalam rokok yang berbahaya daripada memasuki paru-paru manusia.
Jadi para perokok, apa citer? Walaupun banyak syarikat rokok berbesar hati menyenaraikan kandungan-kandungan rokok tapi tak semua bahan kandungan yang digunakan didedahkan. Kepada perokok sekalian berhentilah dari merokok tu, merokok tu kerja yang 100% Laro. Kalau dulu setakat bahaya jer tapi sekarang dah timbul isu haram-halal pulak gara-gara kes kandungan babi dalam rokok.
Ooh kK, stakat nie jer lah saya berblog, sekali lagi saya nak tegaskan kepada perokok-perokok yang masih Laro di luar sana, joam berhenti merokok!